Sabtu, 28 Januari 2012
Khamis, 19 Januari 2012
7 Keluarga Kaum Cina Terima Sumbangan Harakah, DUN Lembah Jaya
Harakah diwakili oleh ketua pengarangnya Saudara Ahmad Lutfi Othman. Turut serta dalam program tersebut ialah Pengarah Pusat Khidmat DUN Lembah Jaya, Puan Hjh Rohainah Hj Hasan, Ketua Kampung Tasek Permai, Che Yusof Che Mat dan Ketua Kampung Ampang Indah, Tuan Hj Misbah Samad.
Jumaat, 13 Januari 2012
Khamis, 12 Januari 2012
PAS Melencong Perjuangan Asal?

Penyokong PAS Tegar, Dungun, Terengganu.
PIHAK yang memperkatakan kononnya PAS telah melencong dan terbabas dari perjuangan asalnya, dengan meninggalkan Islam dan berbagai-bagai lagi, adalah dakwaan media massa yang memusuhi perjuangan PAS.Tugas utama mereka adalah untuk mempromosikan parti pemerintah dan memburuk-burukkan lawannya terutama PAS. Dengan apa mereka hendak memburuk-burukkan PAS?
Itulah kerja media yang tidak senang dengan PAS. Selagi PAS teguh memperjuangan Islam, selama itulah Umno-Barisan Nasional tergugat dan akhir-akhir ini semakin tergugat. Oleh kerana itu mereka berusaha melemahkan PAS dengan apa cara pun.
Sebenarnya PAS tidak melencong atau menyeleweng dan jauh sekali daripada berubah dari Islam kepada yang tidak Islam. Mana mungkin PAS hendak berubah kepada yang tidak Islam.
Bukti yang paling nyata, Perlembagaan PAS yang ada sekarang, jelas tidak ada sebarang perubahan dan tidak pernah ada cadangan untuk berubah.
Perlembagaan PAS, Fasal 1, nama pertubuhan disebut Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Pada Perlembagaan PAS, Fasal 3, tujuan PAS ialah:
(i) Memperjuangkan wujudnya dalam negara ini, sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.
Di dalam PAS ada Majlis Syura Ulama, yang di antara tugas utamanya, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7 (B):
“Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.”
Semua yang saya nyatakan berjalan lancar dan berada dalam keadaan baik, tanpa berlaku penyelewengan dan kelencongan.
Pihak yang menyatakan PAS sudah melencong dan berubah dasar perjuangannya, meninggalkan Islam dan Negara Islam dan bermacam-macam lagi, adalah suatu fitnah jahat yang semata-mata bertujuan memburuk-burukkan pejuang-pejuang Islam, yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, sepanjang zaman.
PAS tidak berubah dan tidak pernah mengubah dasar-dasar utama perjuangannya. Taktik dan strategi boleh berubah mengikut keperluan.
Apa yang disebut Negara Berkebajikan menggantikan Negara Islam, itu sebenarnya istilah. Maknanya sama dan tidak berubah.
Malah menamakan Negara Islam dengan nama Negara Berkebajikan, tidak bercanggah dengan Islam.
Di dalamn al-Quranul karim tidak terdapat istilah Negara Islam secara jelas dan terang. Yang ada seiras dengannya adalah istilah ‘Baldatun Tayyibah’ sebagaimana firman Allah (mafhumnya): “Sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba’, ada suatu tanda kemurahan Allah yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua bidang kebun yang luas lagi subur yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Lalu dikatakan kepada mereka itu, makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya dan negeri kamu itu adalah negeri yang Tayyibah (Baik atau berkebajikan) dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.” (Surah Saba’ ayat 15)
Ketika Presiden PAS membentangkan istilah Negara Berkebajikan dalam muktamar yang lepas (Jun 2011), tidak ada sesiapa pun yang meragui istilah itu dan tiada sesiapa pun yang mempersoalkannya di dalam muktamar.
Biasanya, jika ada sesuatu yang tidak kena, ahli dalam muktamar PAS akan menimbulkan berbagai pandangan, teguran dan bangkangan. Yang ternyata muktamar telah menerima.
Apabila ini berlaku, maka ianya adalah sesuatu selaras dengan perjuangan PAS.Penyebar-penyebar fitnah ke atas pejuangpejuang Islam, bukan perkara baru, malah sejak dari zaman sahabat Rasulullah s.a.w, yang memperjuangkan Islam pada waktu itu, musuh-musuh Islam dari kalangan musyrikin dan munafikin, telah menyebar fitnah yang lebih besar.
Antaranya dahulu, mereka menyatakan, ‘Muhammad adalah ahli sihir, dia gila, pembawa cerita dongeng, pemecah perpaduan umat Arab, dia menyembah berhala (Kaabah).’ Berbagai-bagai lagi fitnah dilemparkan terhadap Nabi s.a.w dan para sahabat baginda.
Oleh yang demikian, anda tidak harus mengendahkan media-media musuh Islam yang memang itu kerja mereka.
PAS sekarang, tetap PAS seperti dahulu, tetap memperjuangkan Islam yang syumul, tanpa menghiraukan kata-kata orang menentang.
Berpandulah kepada hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya): “Akan sentiasa wujud di kalangan umatku segolongan orang-orang yang memperjuangkan Islam yang sebenar, tanpa menghirau celaan orang yang suka mencela, sehingga kemenangan yang nyata, berhasil pada akhirnya.” Wallahua’lam.
Artikel di atas dipetik daripada ruangan Bersama Dato' Haron Din yang disiarkan akhbar Harakah Bil. 1704 (8-11 Safar 1433/2-5 Januari 2012)
Selasa, 27 Disember 2011
Naik Taraf Pendidikan SAR

Peruntukan fasa kedua ini merupakan antara langkah yang diambil bagi memantapkan visi pendidikan, selain meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru dan pelajar.
"Selain menyerahkan cek, juga untuk melihat secara lebih dekat perkembangan sekolah yang menerima bantuan, bagi memberi peluang kepada mereka membuat aduan sekiranya ada kerosakan atau keperluan lain."
Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata demikian selepas merasmikan program bantuan pendidikan fasa dua di Sekolah Agama Rakyat (KAFAI) Al-Humaira' Kampung Nakhoda di sini.
- DR YUNUS HAIRI
Tambah beliau lagi, dalam usaha menjadikan Selangor, Negeri Maju, Idaman, Sejahtera dan Berkebajikan, perlu dilahirkan modal insan yang berkualiti bukan sahaja dari sudut intelektual, malah juga spiritual.
"Ini kerana untuk menjadikan Selangor Hab Ilmuwan, perlu direalisasikan melalui penyediaan kemudahan dan suasana pembelajaran yang kondusif," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang.
Pada fasa pertama, sebanyak 121 buah sekolah menerima bantuan pendidikan berjumlah RM2, 765, 000.00. Manakala pada fasa kedua, permohonan sebanyak 134 buah sekolah telah diluluskan dan akan menerima bantuan secara 'direct grant' daripada kerajaan negeri berjumlah RM2, 114, 000.00
Hadir sama dalam program tersebut ialah Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan, ADUN Batu Caves, Amirudin Shari dan ADUN Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz.
*Sumber: Selangor Kini 9-16 Disember 2011
Jumaat, 16 Disember 2011
Isu Lapangan Terbang Haram : Pusat Diminta Beri Kerjasama Tangani
Adun Lemb
ah Jaya, Khasim Abdul Aziz berkata gesaan ini dilakukan kerana secara lazimnya operasi sesebuah lapangan terbang perlu penglibatan pihak berkuasa seperti polis, kastam dan imigresen."Pihak Persekutuan perlu campur tangan dalam operasi seperti ini, ianya perlu penglibatan pihak polis, mana-mana lapangan terbang perlu ada polis dan kastam".
"Dari segi keselamatan pihak polis perlu ada, kerana saya bimbang sesuatu yang negatif akan berlaku," katanya.
Isu 'Lapangan terbang haram' - Bernam River Airfield ini didedahkan Khasim Abdul Aziz semasa sidang DUN Selangor baru-baru ini apabila Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Anak-Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor (ABAS) membuat lawatan ke Ulu Bernam pada Oktober lepas.
Menurut ABAS, lapangan terbang tersebut berada di atas tanah milik Yayasan Selangor di Geran hakmilik bernombor HSD 45128, No Pt 2924 yang keluasan asal 225 ekar.
ABAS menjelaskan bahawa kerajaan BN memberi tanah tersebut kepada Syarikat Aviation Development Sdn Bhd (ADC) pada tahun 2006 seluas 217 ekar. Walau bagaimanapun tanah itu masih berstatus tanah dusun dan bukan untuk kegunaan lapangan terbang.
"Dasar kerajaan sebelum ini (Barisan Nasional) melihat perkara seumpama ini bukan satu kesalahan, ia satu perkara yang biasa, tetapi apabila perubahan pentadbiran berlaku, kami (Pakatan Rakyat) menerima beberapa maklumat dari pelbagai sumber, ekoran itu kami melakukan satu lawatan ke tempat ini," katanya.
Mengulas lanjut, Khasim menjelaskan tata kelola seumpama ini tidak seharusnya berlaku ke atas aset kerajaan.
Khasim menambah ekoran pendedahan ini, pihaknya akan memantau aktiviti Bernam River Airfield dari masa ke semasa.
"Dari masa ke semasa kita akan pantau perkara ini, kita juga akan mendapatkan perkembangan daripada pihak pejabat daerah kerana aktiviti ini sebenarnya tidak boleh beroperasi.
"Lawatan yang akan datang ini kita akan bawa media untuk mendedahkan perkara ini," katanya.
*Sumber Selangor Kini 2 - 9 Disember 2011, 6 13 Muharram 1433, m/s 16
Jumaat, 2 Disember 2011
DHPP Ampang Maju Setapak Lagi

Selasa, 22 November 2011
PEMENDAPAN TANAH DI PANDAN MEWAH, Lawatan 21 November 2011

Pandan Mewah, 21 Nov 2011 - Tanah hampir rebak kira-kira 20 meter dari bangunan kondominium sepanjang lebih dari 150 kaki. Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Ir. Hj. Nor Hisham Mohd Ghazali dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor pemendapan adalah disebabkan oleh tindakan sungai yang menghakis dasar (scouring). Tambah beliau tiada sebarang tanda kerosakan dikesan pada bangunan tersebut.
Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan beberapa agensi seperti MPAJ, JPS dan IKRAM, termasuk pengurusan bangunan bagi menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin. Selain YB Khasim selaku wakil kepada Exco Infra, lawatan ke kawasan kejadian turut disertai oleh YB Iskandar Samad (Exco Perumahan) serta beberapa orang wakil dari JPS.




