29 September 2011, Taman Dagang Jaya - Musim Haji tiba lagi. Penerbangan pertama telahpun berlepas pagi ini. Bagi para bakal jemaah haji dari Ampang khususnya di DUN Lembah Jaya YB Khasim sempat beramah mesra dengan mereka di Surau Taman Dagang Jaya selepas solat Maghrib. Seramai 17 orang bakal jemaah haji tahun ini dari taman ini menerima hadiah daripada pihak DUN Lembah Jaya. Pengerusi surau, Tuan Hj Zainal Abidin Pilus bersyukur dan mengucapkan ribuan terima kasih atas perhatian dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh YB Khasim.
Terdahulu, YB Khasim menyampaikan hadiah kepada 49 orang bakal haji di Masjid A-Ubudiah Kg. Tasik Tambahan. Semoga mereka semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT, beroleh sejahtera sehingga selesai segala urusan haji serta mendapat haji yang mabrur.

0 comments:
Catat Ulasan