Selasa, 20 September 2011

Hayati Sejarah Kemerdekaan Sebenar - YB Khasim

Menaikkan Bendera Malaysia

Berpeluang bersama masyarakat kaum India Kg. Ampang Indah dalam majlis Sambutan Kemerdekaan Malaysia Ke 54 Dan Sukaneka Merdeka 2011. Tetamu jemputan dari pelbagai kaum meraikan majlis yang diadakan dengan cukup harmoni melambangkan kesepakatan masyarakat majmuk di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Di dalam ucapannya YB Khasim menyeru agar segenap lapisan masyarakat menghayati dan menelusuri sejarah kemerdekaan yang sebenar. Seterusnya mengekalkan kemerdekaan sama ada dari sudut fizikal mahupun pemikiran agar kemerdekaan sebenar akan terus dikecapi oleh generasi akan datang.

Antara yang hadir ialah Pengerusi Persatuan Penduduk Kg. Ampang Indah En. Tharmaraja, Pengerusi JKKK Ampang Indah, Tuan Hj. Misbah Samad, Ketua Komuniti Kaum India Negeri Selangor Cikgu Subra dan Ahli Majlis MPAJ Zon 14 En. Nallan Dhanabalan.




0 comments: