Isnin, 3 Oktober 2011

Projek Naik Taraf Tapak Permainan Ampang Campuran Disabotaj

Tuan Haji Saleh berbincang sesuatu dengan salah serang penduduk. Gambar kecil, Tuan Haji Mohd Saleh Bin Daud

Memeranjatkan! Pembinaan gelanggang badminton dan takraw di Dewan Masyarakat Ampang Campuran yang hampir siap dipecahkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.

Gelanggang yang dalam pembinaan khusus bagi kemudahan masyarakat Ampang Campuran beriadhah kelihatan berantakan pada pagi Sabtu 1 Oktober 2011 lalu. Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Mesra Villa, Saudara Azmi Abd Rashid berkata beliau yang baru kembali dari menghantar anaknya mengaji Al-Quran terkejut dengan apa dilihatnya. Beliau tidak pasti sama ada ini adalah perbuatan khianat atau tidak. Beliau sendiri tidak mengerti mengapa perkara ini boleh berlaku kerana tapak permainan adalah untuk kemudahan awam dengan pembiayaannya ditanggung sepenuhnya oleh Pejabat Daerah Hulu Langat. Tiada individu atau sesiapa yang mendapat manfaatnya selain dari masyarakat seluruhnya. Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang.

Ketua Kampung Ampang Campuran Tuan Haji Mohd Saleh Daud yang kesal dengan kejadian tersebut berkata selama diamanahkan mentadbir kampung berkenaan pihaknya tidak pernah menimbulkan masalah dengan mana-mana pihak sehingga dikhianati sebegini rupa. Beliau menyeru orang ramai agar memberikan kerjasama kepada pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang selama ini bertungkus lumus memberikan yang terbaik untuk rakyat.

PECAH.. Keadaan simen hadapan pintu pagar yang dipecahkan

Sisi tepi gelanggan yang mengalami kerosakan paling terus

Simen berwarna merah ditaburkan di tengah gelanggang

Sofa lama juga dicampakkan di tengah gelanggang yang memburukkan lagi keadaan

1 comments:

shah berkata...

siapa punya khianat la ni